Saturday, May 9, 2015

Istajib dua' ana

Telah aku rasakan satu perassan kosong di dalam jiwa ini
Sadar aku betapa jauhnya aku dari Mu Ya Allah
Ku tinggalkan segala masa lalu agar aku mampu berubah. Agar aku bisa perbaiki sisa sisa hidup ini
Baiknya Allah kerna telah menjauhkan kami
Baiknya Allah kerana tidak mengambil nyawaku dikala aku leka dengan dunia
Baiknya Allah kerana masih memberiku peluang untuk bertaubat meski diri ini kotor dengan dosa dosa masa lalh
Baiknya Allah kerana masih terus menerus memberiku rezeki
Baiknya Allah kerana masih mahu menyayangiku meski aku sering menghampakanNya...
Baiknya Allah kerana masih memberikan udaranya agar aku bisa bernafas...
Ampunilah aku Ya Allah..

Benarlah hadis Nabi,
"Allah Taala berkata: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu dan aku selalu bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari."
Terima kasih Ya Allah.

#nowplaying Lah Ahmad - Ya Allah
Airmataku seakan pantas berguguran tatkala mendengarnya..